12/21/2010

Pemergian seorang sahabat.untuk selamanya

Terkejut juga aku dengar berita ni..aku mula2 tak percaya langsung sebenarnya..
Tapi bila member aku.intan serius cakap benda tu,aku betul2 tergamam..
Ini lah kali pertama aku mendengar berita kematian seorang sahabat aku...Arwah yang bernama Farhat Asyraf adalah merupakan seorang sahabat lama aku yang sama sekolah menengah dengan aku..Dia juga seorang yang baik dan periang...Di sekolah juga,dia seorang yang rajin dan tekun belajar..

Walaupun kami berlainan kelas tetapi tiap kali aku ke kelas dia,dia sering kali juga menegur aku.Sering kali juga dia bergurau senda....Ternyata,ALLAH lebih berkuasa..usia yang baru sahaja ingin menjejaki 19tahun,tetapi ALLAH telah mengambil nyawanya terdahulu..Semalam iaitu tanggal 20 december20010,beliau telah terlibat dalam kemalangan...aku sendiri tak pasti di mana dan kecederaannya bagaimana...namun,arwah telah dikebumikan di kediaman rumahnya..di BERJAYA PARK..

Lokasi kuburnya aku masih tidak ketahui,namun INSYAALLAH jika ada masa terluang,akan aku jeguk kuburmu wahai sahabat..tenanglah kamu di sana..
kami di sini,redha di atas segala-galanya..

Sesugguhnya ALLAH lebih menyayangi dirinya..
Semoga dia di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman...

AL-FATIHAH

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. sila tinggalkan komen anda.
Kalau sudi,share pada kawan2.
InsyaAllah. komen anda akan dilayan. :]

Terima Kasih kerana lepak sini.
Sayang korang. ♥