8/19/2011

Peaceful Life

Assalamualikum,annyeong guys!!How's your life today?everything being good?or bad?
Entry kali ni hanya sekadar memberi pendapat secara kasar mengenai kehidupan saya yang penuh dengan ketenangan...Ketenangan dari segi apa??

Student life bukan lah life yang ada banyak masa kosong untuk keluar sana sini dengan kawan2.
Tetapi lebih kepada tumpuan dalam pelajaran dan memikirkan pada masa depan.
Dalam minggu ni,banyak perkara baru yang saya belajar.Perkara yang di luar kotak minda saya sendiri.Selama ini saya tak sedar benda tu wujud.Selama ni juga saya tak sedar yang saya tak pernah serius..Kita sebagai manusia ada macam-macam perangai.kan?

Saya sendiri sedar yang saya bukan lah manusia yang sempurna dari segi aspek fizikal,rohani dan sebagainya.Semua orang pasti nak jadi sempurna kan?Tetapi korang sedar tak yang korang dah cukup sempurna dari segi fizikal korang.Korang semua ada tangan dan ada kaki.Boleh bergerak ke mana mana yang korang nak.LENGKAP!tuhan dah bagi kita segalanya yang boleh kita guna.Cuma cara kita menggunakannya SALAH!!Kita sekarang sudah hampir dengan akhir zaman.MAsih ramai yang tercari cari jalan lurus.Sedangkan jalan yang benar selama ni kita dah tahu.Kalau korang nak hidup yang tenang tanpa masalah,tanpa stress.Apa korang buat?

Mesti ada yang fikir nak pergi bercuti duduk tepi pantai laa..pergi luar negara,shopping banyak2.Ikot kajian memang shopping tu boleh kurangkan tekanan kita sehingga melalaikan kita?Cara tu dah salah.Ada satu cara lagi korang boleh ikot.KOrang ambik air sembahyang,bertaubat lah dengan tuhan.MInta ampun dan maaf.Berjanji lah untuk tidak mengulanginya kembali.Apa gunanya korang minta ampun tapi esok nya korang buat balik.BEnda ni juga merujuk pada saya juga.Saya sedar saya pun manusia yang tak pernah lari dari kelalaian.Rasa menyesal dalam hati ni dah menebal.Hati ini seksa untuk keluar dari gelombang dosa yang pernah saya lakukan.

Apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah mengorak langkah yang benar.Pilih lah jalan yang lurus.Pilih lah kawan yang sebenar.BUkannya lawan..Kawan akan mempengaruhi kita dari segalanya.Kita tidak akan sedar sekarang tetapi akan menyesal di kemudian hari.Ingatlah setiap apa yang kita ingin lakukan perlu lah dengan niat yang benar.BUkan niat untuk mendapatkan sesuatu.NIat perlu jelas dan terang okay?

Zaman sekarang semua nya perlukan duit,Gaji 3ribu pun dah tak cukup..Agak agak la kan nak pergi tunaikan haji di MAKKAH pakai berapa ribu?10 ribu?20ribu seorang?hurrmmm.
Saya benar-benar teringin pergi sana sebelum saya berkhawin.Selagi tak pergi,tak mau khawin.Boleh??hehehe..DOakan yeaa...=)

p/s;tak salah untuk berangan..=)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. sila tinggalkan komen anda.
Kalau sudi,share pada kawan2.
InsyaAllah. komen anda akan dilayan. :]

Terima Kasih kerana lepak sini.
Sayang korang. ♥