8/11/2011

Terdetik Kembali

Ntah kenapa hati ni sering kali terdetik kembali mengenangkan kisah silam.
Kisah perkenalan singkat antara aku dan dia.
Kawan-kawan sering bertanya "kau masih harapkan dia kea Dila?"
Aku hanya mampu terdiam dan tersenyum.Mulut berat untuk berbicara tentang dia.
Hati ku resah memikirkan dia.Fikiranku melayang memikirkan keadaan dia.
Apa benar aku benar-benar cintakan dia?sehingga begitu sukar untuk hapuskan nama dia?
Mungkin aku tertawan dengan sifat dia.Sifat seorang lelaki yang tak akan mungkin aku jumpa lagi.Begitu sukar dan begitu tipis sekali.

Apa khabarmu di sana.Sudah hampir 3bulan kau menyepi diamkan diri.
Kawan-kawan aku sering sebut namamu di telinga ku.Aku rimas mendengar namamu!
Aku terluka terkenangkan kamu.Apa dosa aku sehingga sekeji ini kau lakukan.
Aku baru sedar mungkin selama ini bukan aku berada dalam hatimu.
Kau sekarang sedang kecewa kerana wanita yang kau inginkan dirampas lelaki lain.
Kau BUANG aku kerana kau ingin cuba menawan hati dia tetapi akhirnya kau TEWAS.
Kau lambat bertindak.Dan kini kau menyepi..

Bodohkah aku kerana sering memikirkan dirimu?
Bangang kah aku kerana terus menantikan dirimu?aku benar-benar bingung.
Aku belajar untuk melupakan.Aku belajar untuk menyingkirkan.Aku belajar untuk memafkan.
Tetapi MAAF aku ingin katakan aku TAK BOLEH lakukannya.
Hanya satu sahaja caranya.

Hubungi lah aku walaupun SEKALI.dan katakan yang kau mahukan aku LUPAKAN kisah dulu.
Kau akan pulangkan JAM TANGAN putih itu..Hanya sekali sahaja aku ingin dengar suaramu.
Hanya jam tangan itu sahaja yang aku perlu.Bukan hatimu.Jika kau benar-benar tidak akan kembali ke pangkuan ku...Rumah kau aku tahu.Bila-bila masa aku boleh datang berjumpa ibu bapa mu.Jangan kau fikir aku takut.Aku berani untuk dapatkan hak aku kembali.

Aku perlukan sebuah perkenalan baru untuk aku lupakan dia.
Tapi ntah kenapa hati aku berat untuk merelakannya.Kerana aku tidak akan ikhlas untuk menerima yang lain selagi masih ada dia di hati...;(

p/s:kan bagus jika dia benar2 baca.....kan bagus jika dia tahu segalanya...alangkah seronoknya jika dia rindukan aku juga...hhmmmm

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. sila tinggalkan komen anda.
Kalau sudi,share pada kawan2.
InsyaAllah. komen anda akan dilayan. :]

Terima Kasih kerana lepak sini.
Sayang korang. ♥