10/31/2011

Nak pikat perempuan? Cuba cara yg nie.

 *Kami mahukan hubungan yg direstui dan HALAL.*

1. Yakin Diri
Keyakinan sangat penting dalam memulakan sebuah perhubungan. Jika tiada keyakinan untuk mendapatkan seorang wanita idaman maka peluang untuk mendapatkan si dia akan susah. Buang sikap takut-takut kerana sikap itulah yang akan mengurangkan keyakinan diri untuk mendapatkan hati si dia.

2. Jangan Mudah Berputus Asa
Naluri seorang wanita terlalu lembut dan sukakan seorang lelaki yang mengambil berat terhadap dirinya. Sebagai seorang lelaki haruslah bertahan dengan karenah wanita idamannya yang bermacam-macam sebelum mendapatkan hatinya. Haruslah sentiasa berusaha dan jangan mudah berputus asa kerana wanita sangat memerlukan seorang lelaki yang tidak berputus asa untuk memiliki cintanya.

3. Jadilah Lelaki Pemaaf
Lelaki selalunya terkenal dengan sikap egonya dan sukar untuk memaafkan seorang wanita yang salah terhadap dirinya. Jadilah lelaki yang pemaaf dan mudah dibawa berbincang dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Perempuan akan mudah cair dengan lelaki yang suka memaafkannya walaupun telah banyak kesilapan yang dilakukan oleh seseorang perempuan itu. Jadilah seorang pemimpin dan pimpin wanita itu ke arah kebaikan.

4. Berkongsi Pendapat
Untuk menawan hati si dia anda perlu meluangkan masa bersama si dia dan berkongsi pendapat mengenai sesuatu keputusan yang anda mahu lakukan. Si dia akan merasakan dirinya dihargai oleh anda kerana setiap keputusan yang mahu dibuat si dia menjadi tempat rujukan atau perkongsian pendapat.

5. Pemurah
Perempuan mudah meluat dengan sikap lelaki yang kedekut. Jadi jika anda mahu memikat hati si dia sikap kedekut anda perlulah dikikis dari sekarang. Perempuan itu mungkin akan berfikir bahawa hidupnya tidak akan senang jika berpasangan dengan lelaki yang kedekut dan tidak bebas berbelanja. Seperti sedia maklum perempuan adalah insan yang suka membeli belah jika berbanding dengan lelaki.

6. Komitmen
Sesetengah lelaki sukar untuk memberikan komitmen sepenuhnya dalam sesebuah perhubungan kerana itulah mereka gagal. Belajarlah memberi komitmen dalam perhubungan kerana komitmen akan mengekalkan hubungan itu.

7. Jangan Berlagak Pandai
Perempuan tidak sukakan lelaki yang berlagak pandai dan cakap tidak serupa bikin. Jadilah seorang lelaki yang merendah diri dan berjaya dalam aspek yang diceburi. Sikap berlagak pandai bukanlah jalan pintas untuk anda digelar pandai atau bijak. Si dia akan lebih menghormati dan mengagumi sikap kesederhana yang ada tonjolkan.

sumber: http://www.blogammar.com/2011/09/cara-memikat-perempuan.html

korang boleh jenguk2 blog nie. Pretty cool!!

Saya saje nak kongsi dengan korang. Bukan nya nak MENGHARAP..=)
Lelaki yg baik semestinya akan cari perempuan yg baik2. Lelaki yg jahat pun akan mencari perempuan yg baik2 juga kan?? Ini lah lumrah manusia. Sentiasa mahukan yg terbaik dalam hidup.

Kalau di fikir secara logik. Ciri-ciri lelaki mcm nie dah cukup sempurna. Tak da la DEMAND sgt kan?
Kat sini tak da pun tulis PERLU HANDSOME, PERLU KAYA... xda xda.mak xajar...;)
Sudah mencukupi sekiranya dpt membuatkan hati seorang perempuan bahagia...

p/s: I was plan to keep SINGLE until finish my diploma. Berjayakah saya utk bertahan???? =p

1 comment:

Assalamualaikum. sila tinggalkan komen anda.
Kalau sudi,share pada kawan2.
InsyaAllah. komen anda akan dilayan. :]

Terima Kasih kerana lepak sini.
Sayang korang. ♥