Moyang pun ada...kan?? Ramai tak budak2.haha. Abang saya pun ada. Yang berdiri sebelah kanan. Pakai baju biru. Gambar dia agak sukar untuk saya upload. hehe.
Baru baru ni saya ada beritahu kat mama. Saya nak pakai laptop besar. Tak mau lagi guna notebook yg kecik molek tu. BUkan tak boleh nak guna cuma saya sebenarnya CEMBURU tgk kawan2 semua pakai laptop besar. Apa apa keje mudah nak buat. Tapi saya?? Tak boleh nak letak macam2. Hurrm.
Maafkan akak mama sebab merungut benda tu. Semalam mama kata ayah tak bagi beli laptop baru. Dalam fikiran ingatkan ayah akan bagi salah satu laptop yg ada kat rumah ni.
Ternyata TIDAK. Last2 mama kata kalau nak beli, beli yg secondhand. WHAT????!!!
Ok fine. itu sgt MENGEJUTKAN. apa ayah nie!!! Tergamam jugak la. hmmm.
akak tak pernah minta apa2. Tapi akak cuma nak yg terbaik. Ayah hanya mampu buat macam ni.
Memang salah saya merungut benda macam ni. SALAH sbb tak bERSYUKUR.
Salah kea saya CEMBURU?hmm. org lain hidup lagi susah tapi diaorg mampu.
Kami hidup sederhana tapi lebih kepada JIMAT CERMAT dan BERJAGA JAGA dlm berbelanja.
Akak tak mau meminta apa apa lagi. Nak guna duit sendiri. Please izinkan akak kerja..=__="
Sepatutnya saya dapat kerja kat bangunan sebelah KLCC. hanya kerana ayah tak mau terperangkap dlm kesesakkan lalu lintas, ayah tak izinkan.. Tuhan je tau betapa sedihnya ati ni. Segala hajat dan impian tak pernah dpt. Mama tau semua tu tapi mama tak dapat buat apa2 kalau ayah tak bgi. Itupun mama kata kalau abang ada skali kerja sama2. hmmm..smpai bila nk kena mcm ni. Akak dh besar mama,ayah...='(
Akak sedar mama dan ayah syg akak. Tak nak akak terjebak dlm aktiviti tak elok.
Family saya mungkin nampak OK. Tuhan je tau macam mana kehidupan kami. Masalah keluarga lagi.
Tambah pula dgn masalah penyakit mama. Hmmm. Akak tak suka dgr mama kata
"kalau mama tak ada,sapa yg nk kemas rumah??!!masak semua ni??!!!"
i HATE THAT WORDS!! Ya ALLAH tabahkan hamba mu ni.
walau JAHIL mcm mana hamba mu ni tentang agama mu,hanya KAU yg berkuasa.
Satu per satu masalah dtg. Saya tutup kan semua tu dgn senyuman. Semua org pasti akan buat mcm tu kan?
Korang bersyukur lah dgn apa yg ada. Jgn lah merungut mcm sy nie. Mungkin saya terlalu pentingkan diri.
Hampir terlupa kesusahan keluarga. Dila...bersabar lah selagi mampu.
belajar rajin2. Kerja sungguh2.. kumpul duit.. tlg mama dan ayah yea?
Satu jea cara yg sy nk balas jasa mereka krn membesarkan saya.
"mama,ayah....jom kita tunaikan haji sama2 yea?" *i'm crying*
Itu jea impian hidup saya. AZAM dan cita2. tak ada yg lain. Doakan saya please...
kerana itu yg mama mahukan sgt2....='(
p/s: mama ,ayah tak akan baca blog nie pun. hanya rintihan seorg anak utk diluahkan di sini..=)

No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum. sila tinggalkan komen anda.
Kalau sudi,share pada kawan2.
InsyaAllah. komen anda akan dilayan. :]
Terima Kasih kerana lepak sini.
Sayang korang. ♥