Sangat menyeksakan apabila mak dan ayah kita melarang kita bergerak bebas tatkala umur kita telah mencecah 20tahun. I'm not 2 years old mom!
Sometimes, saya heran kenapa nak larang saya naik bas? kenapa tak benarkan saya balik shah alam naik bas dari Melaka? 1jam sahaja perjalanan. Jimat kos. Jimat masa.
Saya tak mahu susahkan ayah..
Ayah sanggup datang Melaka lepas habis kerja semata mata datang ambik saya?
Ayah, tak penat kea? Ayah, tak mahal ke kna bayar tol? Ayah, bape ratus habis untuk ke Melaka?
Pertanyaan ni semua, tak pernah terlintas di fikiran ayah.
Hanya kata kata ini yang sering saya dengari.
"Daripada naik bas sorang-sorang, baik ayah ambik kan."
"Daripada turun naik bas, baik ayah datang ambik kan"
"Nak balik ari apa?, ayah free ari ni..ari ni...tapi minggu depan ayah ada kerja, boleh balik lambat sikit tak?"
"Nanti lepas ayah balik kerja,ayah datang. Lagi sejam lebih ayah sampai"
You know what....saya hanya mampu IYA kan sahaja kata kata ni semua.
Mama pula....
"Daripada balik rumah ulang alik, baik tak payah balik"
"Ayah kau yang tak bagi,tak payah la naik bas, Ayah kau nak datang ambik"
"Pastikan kol mama pukul berapa naik bas.Lepas tu sampai kul brapa"
"Kalau nak duit,beritahu jela...mama nanti masukkan"
Air mata hanya mampu bergenang tatkala mama berkata begini.. :'(
Mama sanggup pujuk ayah. Untuk benarkan saya balik rumah naik bas.
Itupun bersyarat. Kena pastikan ada kawan yang teman.
There is no words to say. Saya hanya terkedu tanpa bahasa. Terdiam tanpa kata kata.
Mama,ayah....im 20years old.Naik bas bukan perkara yang susah.I know how to take care of myself.
Apakan daya..fikiran sebagai mak dan ayah:
-ingin pastikan anaknya pulang selamat tanpa cedera
-tidak ingin anak gadisnya direnung oleh org asing
-tidak mahu anak gadisnya disentuh oleh lelaki yg bukan muhrim
Ya ALLAH.kalau hanya kerana ini, apa gunanya ilmu yang saya pelajari?
apa gunanya ilmu pertahankan diri yg saya belajar di sekolah. Masa saya belajar ilmu pertahankan diri ni,mak dan ayah tak berapa gemar sebenarnya..tapi saya berkeras kerana minat..
Mama ... Ayah....
Terima Kasih akak ucapkan keran berusaha melindungi anak gadismu ini meskipun sanggup berpenat dan berhabis duit. Tapi fahamilah isi hati anak gadis mu ini.
Simpanlah duit yg ada,ubatilah penyakit mama.
Simpanlah duit yg ada,untuk adik2 sambung belajar.
Simpanlah duit yg ada,untuk byar bil,brg rumah dan segalanya.
Berilah ruang untuk mama dan ayah berehat setelah seharian bekerja.
itu sahaja. :'(
Setiap ibu bapa hanya ingin kan yang terbaik untuk anak anaknya.
Anak anaknya hanya inginkan ibu bapa memberi ruang untuk mereka berdikari sendiri.
:::p/s memikirkan nak balik kampus naik apa ari isnin ni.29March LAST PAPERRRR!!! :)

No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum. sila tinggalkan komen anda.
Kalau sudi,share pada kawan2.
InsyaAllah. komen anda akan dilayan. :]
Terima Kasih kerana lepak sini.
Sayang korang. ♥