Assalamualaikum. Ahlan Wasahlan.
Ana bikhoir.Alhamdulillah.:D
Disini nampaknya saya ingin memohon maaf lagi.Kerana membiarkan blog ini berdebu dengan masa yang begitu lama. kan?Lama benor la jugak kan. Maaf.Maaf.Maaf. Berapa kali maaf daa...
Let's straight to the point. Pasti ada yang tertanya tanya. Kemana pergi hilangnya si NAORA ADACHI ni. Bertenang. Saya sihat sihat sahaja. Makin gemok. Makin gempal. Makin berisi. Dan segala makin lah. oopss~
Makin gemuk pun apa salahnya. Biasalah dah peringkat usia macam nie. For sure badan mudah nak naik. NORMAL bagi perempuan. Dalam linkungan usia 17-19 tahun hormon badan mula meracau racau. Macam histeria pulak. I mean proses membesar. Syukur alhamdulillah. Saya dah tamat untuk semester 4 pada 16October haritu. Habis paper pagi, ptg terus balik. Tak mau dok lama2 kat Melaka tu. Perggh..Xmau. Xmau. Nanti ada jea kena buat itu dan ini. I'm so sorry guys.
Kepada yang sedia maklum. Jawatan sebagai YDP hanya selama 2semester sahaja. Dan kini nampaknya saya TERpaksa memegang sementara mecari pengganti yang selayaknya. Bukannya apa. Tak kan nak biarkan sejarah berulang kembali. Bukan nak kata dulu teruk cuma sistem dan caranya salah. Buktinya boleh dilihat sendiri. Al maklum lah. Semua orang perlukan pengalaman. Tapi kalau tak mencuba mana nak munculnya pengalaman tu. Betul tak? :)
Terpulang jika ada yang nak komen "Dila ni gila kuasa". Come on guys. You are not a kids.Kalau gila kuasa,baik tak payah nak kecoh sangat dengan jawatan nie. Just peringkat Universiti jea. Belum peringkat negara.
Pengalaman sememangnya memberikan banyak pengajaran. Ada yang bagi kesan pisitif. Dan ada yang bagi kesan yang negatif. Saya sendiri mengaku ada kedua dua kesannya sekali. Kalau negatif tu, kerana tekanan yang dialami. Saya memang seorang yang sukar untuk meluahkan perasaan melainkan dengan yang saya rapat seperti kawan2 roomates, kawan baik, ehem ehem(eh?). Hehe. ehem ehem tu tak ada pun. KALAU ada. KALAU ada, gajah pun boleh terbang. lalalala~
Lain orang lain caranya. Lain orang lain lah perangainya. Tapi itu bukan penghalangnya.
Kalau kita yakin kita boleh, kita pasti boleh. Ingatlah kawan-kawan. Apa yang kita kata mencerminkan siapa diri kita. Seandainya anda nak kata saya itu dan ini. Silakan. Daripada pendapat orang lain, kita boleh lihat sape kita yang sebenarnya. Hidup hendaklah sentiasa ceria dan membahagiakan orang sekeliling. Bila mereka ceria, kita pun pasti akan ceria. Hidup perlu disemai dengan kasih sayang. InsyaALLAH. Iman kita pasti akan terjaga.
Assalamualaikum.

No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum. sila tinggalkan komen anda.
Kalau sudi,share pada kawan2.
InsyaAllah. komen anda akan dilayan. :]
Terima Kasih kerana lepak sini.
Sayang korang. ♥