11/02/2012

Hati-Hati menjaga HATI


Bismillah...Assalamualaikum

Kisah hati seorang wanita yang memiliki HATI

*tajaan facebook*

✿..Mudahnya HATI untuk terus TERTAWAN walau AKAL MENEGAH dan MEMBERI AMARAN..✿~

Andai masih ada RINDU,
Kupohon HILANGKAN ia dari hatiku,
Kerana KETIDAKPASTIAN itu mengganggu,
Perasaan ini MENGECEWAKAN insan yang menunggu,
Aku tidak rela terusan terbelenggu,
Dalam pencarian PERMATA berharga milikMu

Setiap insan, setiap manusia, memiliki HATI. Hati mempunyai perasaan dan kata-katanya tersendiri.
Memang benar, HATI tidak boleh berbicara. Namun, hanya ALLAH yang mengetahui segalanya. Hanya DIA.
Tatkala kita rindu, pedihnya hati terasa sehingga tidak terkata. Bila rindu, hanya bayangan si dia terbayang. Fikiran melayang mengenangkan kenangan dan masa silam. YA ALLAH. Peritnya HATI ketika itu.
Ungkapan yang mudah "Bagai nak MATI menanggung RINDU!!" Astagfirullah...bawak mengucap duhai HATI.

Wanita sememangnya MUDAH menaruh perasaan. MUDAH jatuh hati. MUDAH mengharapkan balasan. MUDAH dikecewakan. MUDAH menitiskan air mata. MUDAH dipermainkan. 

namun...sedarkah kamu duhai lelaki?

Wanita SUKAR melupakan. SUKAR mencari ganti. SUKAR melepaskan. SUKAR mengubah perasaan yang telah tersemat di hati. SUKAR mengungkapkan kekecewaan. SUKAR!!!!

Hanya mampu memohon pada yang maha KUASA. Kuatkan hati-hati kami. Kuatkan iman kami. Tabahkan HATI ini.

♥...Biarkan saya KHABARKAN padamu bahawa saya cuma GADIS BIASA, saya bukan bidadari kayangan yang sempurna...saya bukan rupawan dari hikayat dongeng, yang sangat jelita...saya cuma gadis biasa, hidupku pun bukan hanya indah dan bahagia... 

TANPA SEDAR, banyak waktunya kita MENZALIMI HATI SENDIRI..kita sering MENGAJAR ia tentang cinta, MENDIDIK ia untuk bercinta, tapi LUPA menerangkan PERIHAL PENCIPTA yang mengalirkan cinta..hati yang tidak mengenal Pencipta, mana mungkin mampu MEMAHAMI HAKIKAT CINTA..kesudahannya, ia SAKIT SENDIRI menakung CINTA PALSU DUNIAWI..

Usahlah kamu terlalu TAKSUB mengenali CINTA MANUSIA sehingga alpa CINTA ILAHI.
Duhai HATI. Didiklah diri kamu untuk mencintai yang MAHA KUASA. InsyaALLAH, akan tiba CINTA MANUSIA.
-Didiklah hati.Perihala lah iman.Agar mendapat berkat-

*Sedikit maklumat di sini di copy dr page lain.* Sekadar berkongsi kisah hati ini 

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum. sila tinggalkan komen anda.
Kalau sudi,share pada kawan2.
InsyaAllah. komen anda akan dilayan. :]

Terima Kasih kerana lepak sini.
Sayang korang. ♥