Assalamualaikum...
Hari ini dengan rajinnya jari jemari ni nak menaip.
Cerita tentang PERKAHWINAN.. ececehceh...:p
Tak salah kan kalau nak cite soal kawin ni?kan?kan?hehe
Walaupun umur dah menjangkau 21tahun, semua orang akan fikir "Eh, awal lagi nak kawin.." "Blaja dulu.."
Hurmmm.. Let see.... awal kah? kena belajar dulu kah? Masing-masing ada pendapat sendiri...so, terpulang.
Dari segi pandangan islam, tak melarang umatnya untuk mendirikan rumah tangga semasa di awal usia.
Lagi elok, lagi MOLEK, lagi baik sebenarnya... First! Sudah tentulah untuk menjauhkan ZINA. Semua tau kan apakah itu ZINA? Zina boleh datang dalam pelbagai bentuk. Daripada orang ketiga, daripada kedua-dua pasangan mahupun daripada diri sendiri. Kalau masih tak faham...
Zina yang paling mudah dilihat pada zaman kini, pasangan kekasih berjalan berdua sambil berpegangan tangan ataupun pasangan kekasih berdua-duaan di dalam kereta sambil berjalan-jalan keliling kota..lalala~
Tipu lah kalau saya kata saya tak pernah bercouple lepas tu tak pernah keluar sambil pegang tangan.
Tapi kini tidak lagi. Sorry to say pada lelaki diluar sana. Saya tak mahu couple dengan awak kalau tak ada restu daripada mak ayah saya. faham? :)
Berbalik pada topik. Kawin. hhmmm...apa ada pada kawin? aaiippp...jangan pikir laju sangat...
Kawin sememangnya adalah satu perhubungan yang sah dan direstui untuk meneruskan keturunan keluarga.
Biasalah kita ni bawak genetik berbeza beza. Keturunan pun berbeza beza.
Kawin juga adalah merupakan salah satu cara untuk memurahkan rezeki hidup sesebuah pasangan tu.
Selain tu!!! Kalau ada pasangan yang masih menyambung pelajaran lepas mendirikan rumah tangga, pelajaran pun akan tambah baik dan cemerlang.
Tak pernah pun saya dengar cite mereka yang dah mendirikan rumah tangga lepas tu sambung belajar, boleh repeat paper or tak habis belajar.
Topik ni di post bukan bermakna saya ni dah gatal sangat nak kawin. Tapi... rasa tak sabar.
Bila tengok kawan-kawan or saudara mara yang dah kawin. Rasa macam "alahai..bila masa aku pulak"
Lagi-lagi mereka yang dah ada baby... Tomeyy gila... geram kita tau..~ :p
Bak kata pepatah, kalau ada jodoh tak akan kemana pun. Kalau awak jodoh saya,
awak lah suami saya.
Kepada bakal imam ku, mohon kau hadir dalam hidupku. Penuhi rasa kesepian ku.
Kepada bakal imam ku, mohon kau tunjuk ajar padaku tentang ilmu agama.
Kepada bakal imam ku, jadikan lah aku isteri yang solehah meskipun susah payah ditempuh.
Kepada bakal imam ku, aku bukan lah wanita solehah tapi aku berusaha berubah demi kamu. :')

No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum. sila tinggalkan komen anda.
Kalau sudi,share pada kawan2.
InsyaAllah. komen anda akan dilayan. :]
Terima Kasih kerana lepak sini.
Sayang korang. ♥