4/15/2013

Final Exam sem5 - Life Style

Assalamualaikum ~
Pretty Tough right? My exam schedule

Here you go. Kehidupan masa final exam. Berserabut otak. Berserabut jiwa raga. 6 paper. fiiiiuuhhh~
Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Pada awalnya biasa lah, agak berdebar, agak gementar.
Ada usaha, doa, pasti akan ada kejayaan. kan? Bersusah dulu. Bersenang kemudian.
Subjek paling mendebarkan sebenarnya paper Fire and pecuniary insurance. 
Teori dia bukan main banyak pulak. Ayat english dia memang high level. Habis buku kamus dah jadi macm belacan. Al maklumlah. Kita ni tak terer english pun. 

ooppss...maaf..:p

Setiap orang ada lain lain cara dia belajar. Kan? Kalau macam saya, cara paling mudah nak mengingat, menulis. Menulis menulis menulis dan teruskan menulis. Biar berbukit bukit kertas digunakan. Biar berbatang batang pen habis dakwat. Selagi tak siapkan 4 jenis past year, selagi tu hati tak tenteram, tangan taknak berhenti menulis. 
Kadang-kadang tu, denda diri sndiri. "DILA!!KO JGN TIDO SELAGI XSIAP!" 
Tabahkan hati untuk menulis, menghafal, membaca. Kalau asyik hafal je, takot lupa benda lain yg dah dihafal.
Selalu sangat dah jadi. So, menulis membantu sangat. Bila tengah jawab paper, baru semua ayat tu keluar.:)


Kuaci dan air panas sebagai penyagar mata.:D


Jam menunjukkan pukul 1pagi. Gigih menulis dan menghafal.


Laptop, songs, dictionary, highlight, pens, papers. Messy~

Itu gambar masa part 1. sgt berbeza okay.haha

Anyway. I'm done with semester 5.
Tinggal lagi 1 semester untuk habiskan diploma in business studies management (Insurance).
Hooiiiyaaaiiiii~~~ :D

Then i will continue my degree in business studies management (Insurance) too.
InsyaAllah. Dengan izinNya pasti semuanya brjalan lancar.
Hey junior!!I'm your BIG SENIOR. so, don't you dare to step on me! :p

2 comments:

Assalamualaikum. sila tinggalkan komen anda.
Kalau sudi,share pada kawan2.
InsyaAllah. komen anda akan dilayan. :]

Terima Kasih kerana lepak sini.
Sayang korang. ♥